PERTANDINGAN SEMPENA SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI USIM TAHUN 2024

/PERTANDINGAN SEMPENA SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI USIM TAHUN 2024
PERTANDINGAN SEMPENA SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI USIM TAHUN 2024 2024-04-22T09:42:06+08:00

PERTANDINGAN GAMBAR RAYA KREATIF PTJ

  • Penyertaan terbuka kepada semua warga USIM dan haruslah mewakili PTJ masing-masing
  • Peserta hendaklah memastikan imej-imej yang digunapakai dalam pertandingan ini tidak melanggar hak-hak pihak ketiga (termasuk hak cipta)
  • Tidak mengandungi elemen atau unsur-unsur yang menyalahi undang-undang yang dikuatkuasakan di Malaysia dan juga di USIM
  • 3 PTJ Terbaik akan diumumkan sebagai pemenang
  • Tarikh penyertaan adalah pada 15-24 April 2024
  • Keputusan adalah MUKTAMAD
  • Sila hantarkan gambar Raya beserta nama PTJ ke alamat emel m.azreenjamian@usim.edu.my

PERTANDINGAN TEKA JUMLAH POPIA SIMPUL

  • Penyertaan terbuka kepada semua warga USIM 
  • Jawapan paling tepat atau paling hampir akan dikira sebagai pemenang
  • Hanya seorang sahaja pemenang bagi pertandingan ini
  • Tarikh penyertaan adalah pada 25 April 2024.
  • Keputusan adalah MUKTAMAD

PERTANDINGAN SEDONDON RAYA

  • Terbuka kepada pasangan suami isteri atau adik-beradik sahaja yang bertugas di USIM sahaja
  • Memakai pakaian mengikut etika pakaian staf USIM dan patuh syariah
  • Mempunyai keunikan dan kreativiti mengikut tema majlis
  • Mendapat respon baik daripada orang ramai
  • Keputusan adalah muktamad
  • Penjurian pertandingan akan dibuat sewaktu majlis, 25 April 2024

          

PERTANDINGAN PENAMPILAN ISTIMEWA

  • 2 kategori yang akan di pertandingkan iaitu Lelaki dan Wanita.
  • Memakai pakaian mengikut etika pakaian staf USIM dan patuh syariah
  • Mempunyai keunikan dan kreativiti mengikut tema majlis
  • Kategori lelaki perlu bertengkolok, manakal perempuan perlu berkain batik/songket
  • Mendapat respon baik daripada orang ramai
  • Keputusan adalah muktamad
  • Penjurian pertandingan akan dibuat sewaktu majlis, 25 April 2024

PERTANDINGAN GERAI

  • Terdapat 8 kategori gerai akan dipertandingkan
  1. Gerai warna-warni (Ceria)
  2. Gerai Most Wanted (Popular)
  3. Gerai Lazis ya Laris (Laris)
  4. Gerai Baraqah (Islamic)
  5. Gerai Tradisional (Kampung Style)
  6. Gerai Naqli Aqli (Bersih)
  7. Gerai Gempak (Meriah)
  8. Gerai Terbaik (Kreatif)
  • Penyertaan adalah automatik dan tiada borang penyertaan
  • Hiasan gerai hendaklah unik dan kreatif mengikut tema kategori
  • Penjurian pertandingan akan dibuat sewaktu majlis, 25 April 2024
  • Keputusan adalah muktamad

CABUTAN BERTUAH

  • Penyertaan terbuka kepada semua warga USIM 
  • Nombor cabutan diberikan selepas membuat pendaftaran pada 25 April 2024
  • Sebanyak 50 hadiah disediakan kepada yang bertuah