kursus 2022-06-16T16:31:40+08:00

.

LATAR BELAKANG

Ilmu kepimpinan dan pengurusan kepada para pemimpin dan ahli jawatankuasa kesatuan adalah amat penting untuk dikuasai oleh setiap AJK tertinggi yang telah dilantik. Maka wajarlah mereka ini diberi pendedahan supaya mereka dapat memacu kesatuan mereka kearah satu organisasi yang lebih berkesan. Adalah diharapkan kursus yang akan dianjurkan ini dapat memberikan input dan gambaran yang lebih jelas kepada semua ahli yang terlibat dengan pengurusan kesatuan yang diceburi dan seterusnya dapat membantu untuk merancang meningkatkan aktiviti yang dapat menarik minat ahli-ahli kesatuan.

OBJEKIF KURSUS

1. Program kursus kepimpinan adalah untuk melahirkan wakil kepimpinan baharu dalam kesatuan.

2. Untuk mengeratkan silaturahim jawatankuasa bersama ahli kesatuan KUSIMA.

3. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam kalangan kesatuan.

4. Untuk memberi pendedahan dan pengetahuan asas mengenai kepimpinan dan fungsi kesatuan kepada ahli KUSIMA.

SASARAN PESERTA KURSUS

15 Exco KUSIMA dan 15 wakil skim staf pelaksana

JAWATANKUASA INDUK & PELAKSANA PROGRAM 

PENASIHAT
Nurul Hisam Bin Yahaya

PENGARAH PROGRAM
Sharifah Norabidzah Nurul Aida Binti Syed Saaid

TIMB. PENGARAH PROGRAM
Mohd Jamil Bin Ahmad Mokhtor    

BENDAHARI
Siti Hawa Binti Abdul Kadir

SETIAUSAHA
Sharina Binti Sha’ari

AJK HADIAH
Aswan Khamal Shah Bin Mohd Yusof

AJK RIADAH
Yusri Bin Shamsudin

AJK PENDAFTARAN
Rosni Binti Abu Hassan

 AJK TUGAS-TUGAS KHAS
Mohd Badrul Hisham Zakaria

ATURCARA KURSUS 18 JUN 2022 (SABTU)

12.00 tgh – 2.30 ptg
Pendaftaran Peserta & Check In
Lobi Utama RISTEC

2.30 ptg – 3.30 ptg
Sesi 1 : Sesi Bersama Presiden KUSIMA
Tajuk : “Peranan dan Cabaran Kepimpinan KUSIMA”
Bilik Seminar 1

3.30 ptg – 4.30 ptg
Sesi 2 : Perkongsian oleh KEPERTAMA
Tajuk : “Perkongsian Amalan Terbaik Kesatuan”
Bilik Seminar 1

4.30 ptg – 5.00 ptg
Minum Petang
Dewan Makan

5.00 ptg – 6.30 ptg
Riadah Santai/Sukaneka 
Padang

6.30 ptg – 7.30 ptg
Makan Malam
Dewan Makan

7.30 mlm- 8.30 mlm
Solat Maghrib

8.30 mlm – 9.30 mlm
Sesi 3 : Sesi Bersama Setiausaha Agung CUEPACS
Tajuk : “Peranan CUEPACS bersama kesatuan Sekerja”
Bilik Seminar 1

9.30 mlm – 10.30 mlm
Sesi 4 : Sesi Brainstorming Bersama JK KUSIMA
Bilik Seminar 1

10.30 mlm – 11.00 mlm
Minum Malam/Program ditangguhkan

ATURCARA KURSUS 19 JUN 2022 (AHAD)

6.45 pg – 7.45 pg
Senam Tua
Padang RISTEC

7.45 pg – 8.30 pg
Sarapan Pagi
Dewan Makan

8.30 pg – 10.30 pg
Program Perantis Pelapis KUSIMA
Majlis Penutupan & Penyampaian Sijil
Dewan Makan

10.30 pg – 11.00 pg
Minum Pagi
Dewan Makan

11.00 pg – 11.30 pg
Acara Bebas/Berkemas

11.30 pg– 12.00 tgh
Makan tengah hari & Check Out