FUNGSI KESATUAN SEKERJA
- Mewujudkan saluran perhubungan di antara pengurusan universiti dan staf pelaksana.
- Menjaga kebajikan dan faedah ahli.
- Mewakili ahli kesatuan sekerja dalam pertikaian dengan pihak pengurusan.
- Mengadakan aktiviti yang dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ahli.
- Menyimpan, mengemaskini dan menyelenggara rekod keahlian.
- Mengadakan mesyuarat jawatankuasa secara berkala mengikut peraturan-peraturan kesatuan sekerja.
- Menguruskan kewangan dan menyelenggara akaun kesatuan sekerja mengikut undang-undang.
- Memastikan kesatuan sekerja bergerak mengikut kehendak undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan.