AMANAT PRESIDEN

/AMANAT PRESIDEN
AMANAT PRESIDEN 2022-09-26T14:25:40+08:00

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kehadiran tuan/puan ke laman web rasmi Kesatuan Kakitangan Pelaksana Universiti Sains Islam Malaysia (KUSIMA).

Dikesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli KUSIMA yang telah memilih saya sebagai Presiden baharu sesi 2022-2025.

Untuk makluman, saluran kesatuan adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi dalam kalangan pekerja dengan wujudnya akta kesatuan sekerja  tahun 1959.  Ini membolehkan suara pekerja disampaikan kepada pihak majikan mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan.

Seperti yang semua sedia maklum, Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) merupakan saluran komunikasi dua (2) hala di antara Pihak Pegawai (pihak pengurusan) dengan Pihak Pekerja di peringkat jabatan masing-masing. MBJ bertujuan untuk memperolehi kerjasama yang menyeluruh di antara Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja bagi mengemukakan pendapat, mengambil bahagian secara aktif dalam membincang dan menyelesaikan isu-isu setempat serta menyumbang idea-idea bernas untuk kepentingan dan kebaikan organisasi.

Justeru saya mohon kepada semua ahli KUSIMA, jika terdapat sebarang usul, aduan, dan cadangan penambahbaikkan boleh salurkan pandangan anda kepada pihak  Jawatankuasa KUSIMA agar segala permasalahan dapat diperhalusi dan diselesaikan.

Akhir kata, Kepada kakitangan pelaksana yang masih belum menjadi ahli, saya mohon supaya mendaftar sebagai ahli KUSIMA agar sama-sama menyokong perjuangan kesatuan demi kebaikan kita bersama.

Presiden KUSIMA
Mohd Jamil Bin Ahmad Mokhtor (P.M.C.)