بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kehadiran anda ke laman web rasmi Kesatuan Kakitangan Pelaksana Universiti Sains Islam Malaysia (KUSIMA)
Alhamdulillah dengan izinya semoga warga kakitangan sokongan USIM yang saya hormati berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa KUSIMA yang telah memberi laluan kepada saya untuk memberikan amanat di dalam laman web KUSIMA yang baru sahaja siap dilakarkan.
Tuan/puan yang saya hormati,
Untuk makluman saluran kesatuan adalah yang terbaik untuk kita menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi di kalangan pekerja dengan wujudnya akta kesatuan sekerja pada tahun 1959. Ini membolehkan suara pekerja disampaikan kepada pihak majikan mengikut lunas undang-undang dan juga penyelesaianya terbaik adalah secara perundingan melalui Majlis Bersama Jabatan (MBJ).
Dalam mewujudkan suatu persefahaman pentadbiran yang cekap dan telus, dengan ini sekali lagi saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang berusaha Tuan Pendaftar yang banyak berkongsi idea dalam menyelesaikan sebarang masalah.
Saya berdoa agar kita semua berada dalam keadaaan kesihatan yang baik dan jauhilah amalan kurang sihat seperti rasuah.
Kepada kakitangan sokongan yang belum menjadi ahli, saya mohon supaya mendaftar sebagai ahli KUSIMA agar sama-sama menyokong perjuangan kesatuan demi kebaikan kita bersama.
Presiden KUSIMA
Nurul Hisam Bin Yahaya